PRINSIP KESENIAN CHINA – LUKISAN/CATAN

Pengenalan Di dalam catan landskap Cina kebanyakannya menerangkan kepercayaan mereka bahawa manusia merupakan sebahagian daripada alam. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini adalah kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.

Prinsip-prinsip dalam menghasilkan Catan Cina

Terdapat beberapa prinsip yang harus diterapkan dalam menghasilkan catan Cina. Hsieh Ho telah menyenaraikan enam prinsip dalam menghasilkan sebuah catan. Antara prinsip-prinsip berikut adalah seperti Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis, Ku Fa Yung Pi – Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus, Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis, Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian, Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi dan peranan cahaya dan Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina Sejas berabad-abad lamanya seningga kini.

Perlambangan dan Falsafah dalam Catan Cina

Terdapat banyak perlambangan dan falsafah yang wujud dalam catan Cina seperti:

Shan – gunung, ch’i- atmosfera dan hsing – bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina.
Gunung – lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera.
Awan – awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana kemuraman.
Pokok – Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Pokok orkid melambangkan musim luruh manakala pokok plum blossom melambangkan kecantikan dan lanjut usia.
Ikan‘Tui’ melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan.
Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

Falsafah disebalik menghasilkan Catan

Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ’tidak menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

Format lukisan China

a. Handscroll

b.Hanging Scroll

c. Roller

d. Semi-circular wooden stave

e. Protective Wrapper

f. Title sheet

g.Inscription panel

h. End roll

i. Double-leaf album painting

j. Paired single-leaf album painting

k. Paired single-leaf album painting ‘butterfly’ mounting

l. Screen fan

m. Folding fan

About these ads

Tinggalkan komentar

Belum ada komentar.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.